Friday 28 February 2014

Wajib vs Ikhlas ---> Paksaan Dalam Solat

Solat Tiang Agama
Isu ini ditulis di mana penulis pernah berbicara dengan seorang kawannya yang mengatakan: “ Buat apa, kalau solat kerana dipaksa, tidak ada rasa ikhlas dalam diri? Sia-sia.”

Penulis hanya diam mendengar, lantas dia menyambung lagi, ” Tak guna rotan dan marah budak-budak untuk suruh solat, apa gunanya solat itu kalau ada unsur paksaan.”



Mungkin kerana jahilnya penulis pada waktu itu, maka terlintas di fikiran, ” Kalau tiada keikhlasan dalam solat, sia-sialah solat itu.” Ikhlas merupakan roh dalam ibadah dan juga titik permulaan kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan.

Jadi isu perkara wajib yang dituntut syarak seperti solat menentang ketidakikhlasan merupakan satu perkara besar yang perlu didedahkan kepada mereka yang jahil tentang tuntutan yang wajib dalam Islam yang tidak sepatutnya dipandang remeh.

Berdasarkan buku bertajuk “Beduk Diketuk” karya Pahrol Mohd Juoi, beliau ada mengatakan di dalam buku tersebut untuk menjadi baik perlulah memperbaiki solat, dan orang yang baik adalah orang yang melakukan solat tetapi paling penting untuk menjadi baik perlulah solat. Dapatlah disimpulkan bahawa persoalan sama ada ikhlas ataupun tidak , jangan jadikan ia alasan untuk tidak melaksanakan solat itu.

Suatu kisah diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya bagaimana keadaan orang yang sedemikian? Rasullah S.A.W menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

Melalui kisah ini, jelas orang yang mencuri hatinya kotor dan solatnya sia-sia jika dia masih mencuri, tetapi Rasullah S.A.W menyatakan walau seteruk mana pun seseorang itu, solat mampu mengubahnya.

Justeru paksaan bukanlah bermakna sia-sia ibadah yang dilakukan, tetapi sebagai titik pendorong kepada kebaikan. Paksaan melaksanakan kebaikan akan membuahkan hasil daripada paksaan dalam melakukan kejahatan. Sesetengah perkara perlu dipaksa dalam melaksanakan sesuatu perbuatan. Tidak perlu kepada ikhlas dalam diri. Mungkin ini dinamakan hipokrit, tetapi biarlah hipokrit kena pada gayanya.

Seseorang mempertikaikan tentang keikhlasan, ia boleh mengundang keikhlasan yang menyimpang di mana ramai orang menganggap bahawa tiada amalan tanpa keikhlasan seperti kata-kata yang sering didengar;“

“Tiada guna amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas! Aku nak solat ke tak nak solat ke itu hak aku dengan Allah” atau

“Buat apa memakai tudung kalau hati tidak ikhlas? Baik tunggu hati benar-benar ikhlas barulah memakai tudung.”

Inilah realiti masyarakat yang jahil memahami antara tuntutan syarak dan ikhlas. Malang sungguh hidup mereka yang merasakan dirinya pandai dalam hal-hal agama sedangkan mereka kadang-kadang sesat dalam agama bukan kerana kebodohannya, tetapi kerana terasa dirinya pandai menggunakan akal memahami maksud firman Ilahi.

Apalah guna mendabik dada tentang amalan ikhlas jika suruhan Allah diingkari?

Adakah Allah pernah menyebut bahawa sesiapa yang merasa dirinya tidak ikhlas maka tidak perlu menunaikan perintah-Nya yang wajib seperti solat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya?

Sudah tentu tidak! Justeru itu dari manakah datangnya kefahaman mereka bahawa jika tidak ikhlas, kita tidak perlu menunaikan kewajipan yang telah Allah tetapkan?

Ia datang dari rasa kebijaksanaan mereka memikirkan idea logik tentang agama. Padahal mereka sebenarnya diperbodohkan oleh syaitan untuk menyesatkan diri mereka semata-mata.

Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”(Surah al-An’am 162)

Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita. Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah S.W.T. Tiada sesiapa pun yang dapat mengatakan dirinya itu ‘sudah ikhlas’ kerana ikhlas itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Kesimpulannya, didiklah diri kita daripada membuat sesuatu dalam paksaan menjadi rela keranaNya. Jika belum rasa ikhlas menunaikannya, jangan terus ditinggalkan ibadah itu. Yakinlah, amalan yang padanya  dimulakan dengan rasa terpaksa namun tetap dilakukan kerana tidak ingin mengundang dosa itu lebih baik daripada meninggalkan terus perkara yang wajib ke atas dirinya.
Percaya atau tidak, ramai di antara mereka yang telah pun menjadi testimoninya. Mulanya merasa sukar dan terpaksa melakukannya khususnya dalam solat, namun akhirnya merasa mudah melaksanakannya. Segala amalan yang dilakukan dikerjakan dengan rela hati dan akhirnya mengundang rasa ikhlas tanpa dia menyedarinya.
Wallahua'lam  B-)

Ikhlas ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu berwarna hitam di dalam gua yang kelam pada waktu malam



Solat Ringan vs Solat Berat








Saturday 22 February 2014

10 ciri-ciri Muslim Sejati


assalamualaikum..

Salimul Aqidah
Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

Shahihul Ibadah
Benar Ibadahnya menurut AlQur’an dan Assunnah serta terjauh dari segala Bid’ah yang dapat menyesatkannya.

Matinul Khuluq
Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah kepribadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahwa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).

Qowiyul Jismi
Kuat Fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Alloh SWT.

Mutsaqoful Fikri
Luas wawasan berfikirnya sehingga dia mampu menangkap berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

Qodirun ‘alal Kasbi
Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mau bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala kebutuhan hidupnya.

Mujahidun linafsihi
Bersungguh sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimalkan setiap kesempatan ataupun kejadian sehingga berdampak baik pada dirinya ataupun orang lain.

Haritsun ‘ala waqtihi
Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang menyiakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. karena waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan dihadapan Alloh SWT.

Munazhom Fii Su’unihi
Tertata dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggung jawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.

Naafi’un Li Ghairihi
Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan dibutuhkan. Keberadaannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan Ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.

sharing is caring
 
Smiley