Saturday 8 March 2014

Rahsia Solat 5 Waktu Secara Berjemaah

DOA MOHON ZURIAT & KETURUNAN RAJIN SOLAT
 
Abu Zar RA meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah SAW keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur. Baginda mengambil ranting sebatang pohon yang daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya, seraya Baginda SAW bersabda, Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 – Niat Solat : Sebenarnya memelihara taubat kita di dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Baca Al-Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur.
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-Mustaqim.
8 – Duduk antara Dua Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
9 – Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib : Akan ada pertemuan kita dengan Allah SWT.



Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
Malah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim juga, bahawa pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah SAW yang meminta keringanan untuk solat di rumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya, “Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah SAW kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah).”
Mesej daripada hadis ini cukup mudah, iaitu jika lelaki buta pun Rasulullah SAW anjurkan supaya bersolat secara berjemaah, inikan pula kita manusia normal dan mendengar azan hampir setiap hari. Sudah pasti diri kita lebih dituntut oleh Rasulullah SAW untuk melaksanakan solat berjemaah.
Melalui sirah baginda SAW, kita dapati bahawa sejak baginda berhijrah ke Madinah, baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaah sehinggalah baginda wafat (selama 13 tahun di Makkah sejak kedatangan Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat terpaksa solat secara bersembunyi atau bersendirian di rumah masing-masing kerana sentiasa berada dalam keadaan ditekan oleh kaum Quraisy). Malah, ketika Rasulullah SAW dalam keadaan sakit tenat pada penghujung hayat baginda, baginda dipapah oleh para sahabat RA untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Hal ini sememangnya menampakkan betapa Rasulullah SAW ingin mendidik umatnya agar mengambil berat akan ibadah solat fardhu secara berjemaah ini.
Mengenai hukum mengerjakan solat fardu secara berjemaah ini, antara pendapat yang termasyhur ialah daripada Imam Nawawi. Menurut beliau, solat berjemaah pada lima waktu yang fardu (selain solat Jumaat) hukumnya adalah fardhu kifayah, yang mana diwajibkan bagi individu lelaki yang berakal, telah baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak uzur syar'ii. Hukum fardhu kifayah ini bermaksud apabila ada sekumpulan orang di sesebuah mukim atau kampung mendirikan solat berjemaah di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang di situ yang tidak menunaikan solat berjemaah. Namun jika tidak ada seorang pun di dalam mukim atau kampung tersebut yang menunaikan solat berjemaah, maka semua penduduk di situ mendapat dosa.
Menurut beliau, solat berjemaah pada lima waktu yang fardu (selain solat Jumaat) hukumnya adalah fardhu kifayah
Banyak kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan solat fardhu secara berjemaah. Antaranya ialah mereka akan dikurniakan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Berdasarkan hadis yang kita sedia maklum, daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,maksudnya: Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.” [Riwayat Bukhari]
Selain itu Allah SWT juga menjanjikan keampunan daripada dosa-dosa kepada orang yang menunaikan solat berjemaah. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis daripada Uthman bin Affan RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda, Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wudhuknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardhu, lalu dia pun menunaikannya bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.” [Riwayat Muslim]
Maka dengan segala tuntutan dan kelebihan solat berjemaah ini, apa lagi alasan untuk kita bertangguh, berasa malas atau berat hati untuk mengerjakannya? Mulai sekarang, ayuh kita beriltizam sebaik sahaja seruan azan berkumandang. Tidak rugi kita berhenti sejenak dan meluangkan sedikit masa untuk solat berjemaah di masjid. Bahkan, segala usaha kita ini pastinya pula akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah yang Maha Penyayang.
 

No comments:

 
Smiley